Thursday, 26 November 2015

Pengenalan


Sesungguhnya, fokus bagi kursus ini ialah 9 isu dalam pendidikan Matematik:

1. Jurang pencapaian Matematik murid sekolah rendah atau sekolah menengah dari segi:
       ·         Lokaliti
       ·         Sosial
       ·         Budaya
      2. Isu yang berkaitan dengan TIMSS.
      3. Pendekatan pengajaran Matematik yang dilaksanakan dalam bilik darjah
      4. Pentaksiran  Matematik yang dilaksanakan di sekolah.
      5. Isu yang berkaitan dengan KBAT.
      6. Isu yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dan PdP Matematik.
      7. Isu  yang berkaitan dengan pengetahuan Matematik dan pengetahuan isi kandungan 
          pedagogi(PCK) dalam kalangan guru.
      8. Isu yang berkaitan dengan kualiti guru.
      9. Isu yang berkaitan dengan kebimbangan Matematik





Video


Wednesday, 25 November 2015

Peta Minda

Pautan Artikel

Artikel 1
Aspects of Children's Mathematics Anxiety
Oleh: Karen Newstead (1998)

Ulasan dan kritikan:
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati kebimbangan Matematik dalam kalangan pelajar bermula dari peringkat awal zaman kanak-kanak. Arnold et. Al di dalam Eugene (2010) juga menyatakan kebanyakan kanak-kanak mempunyai sikap negatif terhadap Matematik. Maka, adalah penting untuk mengatasi masalah kebimbangan Matematik dalam kalangan murid dari peringkat awal.
  Selain itu, kebimbangan matematik juga bekait rapat dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang menggunakan kaedah alternatif, khususnya kaedah ‘CAN’, dapat mengurangkan kebimbangan Matematik dalam kalangan murid jika dibandingkan dengan guru yang menggunakan kaedah tradisional yakni ‘chalk and talk’
    Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Oxford and  Vordick dalam Hasbee et al. (2009), faktor kaedah pengajaran dan pembelajaran menyumbang kepada kebimbangan Matematik dalam kalangan murid sekolah rendah. Guru yang menekankan kaedah penghafalan formula, kaedah latih tubi dan kaedah tradisional dalam pengajaran menyumbang kepada kebimbangan Matematik. Pada hemat saya, selain kaedah pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu meningkatkan keyakinan murid dalamkebolehan Matematik.
  Bak kata pepatah, “rentuh buluh biarlah dari rebungnya”. Maka, kebimbangan Matematik dalam kalangan murid harus dikekangi dari zaman kanak-kanak lagi.


Artikel 2
Math Anxiety In Elementary And Secondary School Students
Oleh: Allan Wigfield & Judith L. Meece
Ulasan dan kritikan:
Hasil dapatan kajian terhadap kebimbangan Matematik dalam kalangan murid di sekolah rendah dan pelajar di sekolah menengah menunjukkan bahawa terdapat dua aspek yang perlu dititikberatkan, yakni aspek kognitif dan aspek afektif.
    Jika kita meneliti dari aspek kognitif, didapati murid di sekolah rendah mempunyai kebimbangan Matematik yang sama dengan pelajar di sekolah menengah. Dalam pada itu, didapati kebimbangan murid untuk mendapat pencapaian yang rendah dalam Matematik akan meningkatkan tahap kebimbangan Matematik mereka. Maka, guru seyogianya mempunyai kesedaran terhadap sikap murid dalam kelas agar dapat memberikan pengaruh yang baik terhadap perspektif mereka dalam Matematik.
    Dari segi afektif pula, didapati umur tidak memberi kesan terhadap tahap kebimbangan Matematik namun begitu ia berbeza dengan jantina. Didapati murid perempuan memberikan reaksi negatif afektif terhadap Matematik berbanding lelaki. Kajian yang dijalankan oleh Lafferty (1996) yang menyatakan murid perempuan mempunyai tahap kebimbangan Matematik yang lebih tinggi. Hal ini demikiran kerana murid perempuan kurang selesa semasa melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran kerana tidak ingin menunjukkan kesilapan. Justeru, murid perempuan mempunyai tahap kebimbangan Matematik yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid lelaki.
    Tuntasnya, kebimbangan Matematik boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, Kesemua komponen memberi kesan kepada persepsi murid,penghargaan terhadap Matematik, dan prestasi mereka dalam Matematik. Oleh itu, guru seyogianya sedar akan komponen tersebut dan cuba sedaya upaya untuk membantu murid dalam mengatasi masalah-masalah Matematik.





Kumpulan